Isnin, 16 April 2012

ONAK DURI CINTAKU~PART 11~


ibu ina memohon kepada doktor supaya tidak menghantar ina ke hospital selayang dan menebuk buah pinggang ina.ibu ina tidak sanggup melihat keadaan ina semakin parah.di dalam ward itu ina sering sakit dan demam keradaan badan ina lemah kerana antibodi yang lemah dan senang mendapat ifeksi.jururawat hanya mampu memberi infusi intravena sahaja kepada ina kerana jika diberi ubatan badan dan hati ina akan semakin     bertambah teruk.sepanjang berada di ward inatidak makan dan kurang minum menyebabkan badan ina semakin susut.puas ibu ina memaksanya makan namum ina tetap berkeras tidak mahu makan walaupun sedikit.

doktor yang merawat ina memberitahu hati ina semakin parah dan ini boleh menyebabkan ina mengalami kesakitan yang teramat sangat.doktor juga mengatakn jika hati ina tidak kembali ke tahap normal,ina kemungkinan memerlukan seorang penderma hati.hal itu menyebabkan ibu ina semakin kuatir dengan diri ina.hanya berdoa kepada allah sahaja yang mampu ibu ina lakukan supaya selamatkan anaknya itu.
pada hari ke 5 ina berada di ward,seorang hamba allah telah menegur ibu ina dan bertanya kenapa ina dimasukkan ke ward.ibu ina menceritakan kepada hamba allah itu dan hamba allah itu mendekati ina dan cuba membantu ina untuk kuatkan semangat ina untuk terus bangkit semula demi meneruskan kehidupannya dan juga pelajarannya.

selepas dari itu,ina mula menunjukkan sikap positif dan mula untuk makan,melihat keadaan ina itu ibu ina mula rasa tenang dan gembira.hamba allah itu cuba mengubati ina dengan cara kampung.ina diberi minum air sumbu badak yang si asah dengan bacaan ayat-ayat al-quran.ketika doktor membaca laporan ina,doktor terkejut kerana tahap hati ina menurun sedikit,ibu ina gembira dan berteima kasih pada allah kerana menghantar hamba allah menolong anaknya itu untuk sembuh.ina mula bangun dari katil dan berjalan di sekitar ward itu untuk menguatkan badannya,meskipun badan ina masih lagi lemah ketika itu dan masih lagi pening.

walaupun dalam keadaan seperti itu,ina meminta kepada ibunya mahu berjumpa shah,tetapi ibunya tidak membenarkan ina berjumpa dengan shah dengan alasan ina masih perku menjalani rawatan dan tidak sihat sepenuhnya lagi.selepas selesai uruskan ina,ibu ina pulang sebentar kerumah untuk menguruskan adik-adik ina yang lain.ketika bersendirian,ina keluar dari ward dan meminta jaga hospital menelefon shah,kerana ina tidak mampu berdiri lama dengan keadaan tube yang banyak di tangan.jaga yang menelefon shah berkata shah mengangkat telefon tetapi meletakkannya semula.

jaga hospital yang kesian melihat keadaan ina hanya mampu meminta ina bersabar dengan dugaan yang dialami oleh ina itu dengan tabah.ina hanya menangis memikirkan nasibnya dan kenapa ini yang berlaku kepadanya.petang itu ina tiba-tiba demam,doktor yang merawat ina semakin cemas melihat keadaan ina dan menelefon ibu ina.ibu ina mendengar keadaan ina yang demam segera datang ke hospital untuk melihat keadaan ina.ina diberi ubat antibiotik melalui drip,akibat kesan ubat itu ina mula mengalami muntah-muntah dan sakit seluruh badan.ibu ina yang tidak tahu hendak berbuat apa hanya mampu melihat ina dan menangis melihat kesakitan yang di tanggung ina.

keadaan itu berterusan sehingga hari yang ke 9 ina di ward.pada ketika itu tahap hati ina semakin menurun tetapi tidak lagi stabil ke asalnya.pada hari itu doktor yang merawat ina adalah doktor baru,bernama shah ini menyebabkan ina kembali terfikirkan shah.hati ina mula menangis kembali,dan kerana itu ina demam dan semakin teruk.doktor yang merawat ina berasa hairan dengan keadaan ina yang sering mengalami demam secara tiba-tiba.dari hasil penyelidikan doktor akhirnya doktor mengatahui ina tidak boleh mengalmami stress dan keseorangan dan ini akan menyebabkan ina mula berfikir tentang shah.

demi kesihatan ina,doktor dan jururawat saling bantu membantu menolong ina melupakan shah serta mengelakkan ina dari terus mengingati shah.mereka cuba membuat ina busykan diri dengan berborak dengan ina dan sebagainya.cara itu benar-benar berkesan ina tidak memikir kan sangat mengenai shah,dan kesihatan ina semakin baik,selera makan ina juga berubah.ina mula bercakap dengan orang sekeliling nya.
kawan-kawan ina datang dan cuba mengisikan masa ruang ina dan memberi sokongan emosi kepada ina.
hari ke 12 ina berada di ward doktor membenarkan ina pulang tetapi harus datang semula ke hospital untuk mengetahui keputusan tahap hati ina,kerna ketika ina dibenarkan pulang ke rumah tahap hati ina masih lagi tidak satbil.

dua hari berehat di rumah,ina kembali ke kolej semula.kawan-kawan ina menyambut ina dengan baik,mereka memberi sokongan emosi dan semangat untuk ina teruskan hidupnya dan juda pelajaran.exam makin dekat,ina yang ketinggalan jauh pelajaran telah di kongsi ilmu dengan pelajar lain untuk membolehkan ina lulus exam nanti.walaupun ina masih lagi dalam keadaan trauma dan tidak dapat menerima kenyataan ina cuba meneruskan hidupnya.ina cuba melupakan saat-saat indahnya dengan shah,dan apa yang shah lakukan terhadapnya.hari demi hari ina membuang sedikit memorinya bersama shah.

ibu ina banyak memberi support kepada ina dan sentiasa berada di sisi ina.ina mendengar setiap kata-kata ibunya.selepas keluar dari hospital itu ina berubah,yang dulu berambut panjang,kini berambut pendek seprti tomboy.bagi ina lelaki tiada di hatinya lagi.penampilan ina juga berubah.ina sering berdamping dengan kawan-kawan perempuan.baginya perempuan lebih memahami nya.tetapi itu tidak kekal lama kerana spupu ina tidak mahu melihat ina terus hanyut dari dunia sebenar.ina pada mulanya tidak boleh terima pendapat spupunya supaya berubah demi kehidupan ina.tetapi akhirnya menerima teguran itu dengan terbuka.ina cuba memakai tudung,dan menutup auratnya.


perubahan ina itu mula di perasan oleh ibunya,ibunya begitu bersyukur apa yang berlaku dalam hidup ina dahulu mengubah ina kepada yang lebih baik.tetapi tiada siapa yang tahu hati ina,meskipun ina berubah sedikit demi sedikit,ina masih lagi mengingti shah.namun ina tidak menunjukkannya.demi ibunya ina meneruskan kehidupannya seperti tiada apa-apa yang terjadi.ina sering kali juga melihat shah dari laman sosial,shah begitu gembira dengan teman barunya siti,meskinpun sakit hati dan perit,ina terpaksa redha dengan apa yang terjadi.

                                             ~sambungan~
                                                                                                                :: tieyha mazuki ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan