Ahad, 1 April 2012

ONAK DURI CINTAKU ~PART 3~





ina merasa sangat bahagia bila dapat bersama shah kembali,bibit-bibit cinta mereka begitu indah.ina tidak pernah melupakan shah walau sedetik,malah setiap saat setiap masa ina akan bertanya khabar shah kerana ina faham dia tidak dapat berada di sisi shah kerana jarak percintaan mereka yang jauh,serta kerana faktor belajar.shah turut menanya khabar ina,shah selalu melafazkan kata-kata cinta terhadap ina dan ini membuatkan ina semakin sayang pada shah dan susah untuk melepaskan shah lagi.pada satu hari ketika ina sedang berchating dengan rakan-rakan nya ina ternampak gambar shah dengan seorang wanita lain,wanita tersebut sungguh cantik,mereka duduk begitu rapat di dalam gambar tersebut.


ina terus menelefon shah dan bertanya kan hal demikian.pada mulanya shah hanya menyatakan itu adalah kawan nya,namun setelah mendesak beberapa kali shah mengakui itu adalah teman wanitanya.shah menyatakan bahawa perempuan itu meminta untuk menjalinkan hubungan dengan shah.ina begitu kecewa dengan sikap shah yang mempermainkan perasaannya.ina tidak dapat terima hakikat tergamak shah berbuat demikian,sedangkan shah berjanji untuk setia terhadapnya.


pada ketika shah meminta untuk putus dengan ina setelah terkantoi gambar tersebut,ina sedang menjalani latihan di sebuah hospital.ina tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap latihan yang dia perlu jalani.fikiran ina bercelaru kerana memikirkan hal tersebut.ina cuba cekalkan diri untuk terima shah sebagai rakannya tetapi ina tidak dapat melakukan kerana ina terlalu mencintai shah.akhirnya ina membuat keputusan untuk menjadi skandal shah.tetapi sebulan selepas itu ina menyuarakan apa yang terpendam dihatinya iaitu meminta shah membuat pilihan,samada ina atau perempuan yang sedang berdamping dengan shah pada masa itu.


shah memberitahuina dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan namum ina tetap mendesak shah supaya membuat keputusan.shah meminta supaya memberikan dia masa.ina beri shah masa untuk berfikir,ina tidak dapat menahan sebak dan takut untuk terima jawapan shah yang mungkin tidak akan menerimanya.selepas magrib shah menelefon ina,shah memberitahu jawapan siapa pilihan shah.ina berdebar dan jadi tidak tentu kerana takut dengan jawapan yang akan diterima dan dikeluarkan dari mulut shah.shah memilih ina.ina rasa bersyukur sangat-sangat kerana shah telah memilihnya.ina telah meminta shah memutuskan hubungannya dengan perempuan yang sedang mendampingi shah.ina juga meminta shah menukarkan status bujang nya dengan dalam perhubungan dengan ina.


ina juga meminta email dan kata laluan shah kerana dia ingin tahu bahawa adakah shah benar-benar jujur atau tidak dengannya.ina selalu melihatdengan siapa shah berkawan.bukan kerana ina mengongkong hidup shah tetapi sekadar ingin memgetahui dengan detail tentang shah.ketika ina dan shah sedang berchating di laman sosial shah cuba menyatakan  hasrat untuk datang ke melaka untuk berjumpa dengan ina kerana ingin melihat ina di depan mata.namum kerana pelajaran dan tidak mempunyai modal shah harus menepikan dahulu hasrat nya.genap sembilan bulan shah dan ina bersama,pada hari kelahiran ina,ina memberitahu shah bahawa dia ingin ke kuala lumpur untuk menyambut hari kelahirannya bersama shah namum pada masa itu hari tidak mengizinkan kerana ina perlu menghadiri kuliahnya.shah memujuk ina supaya jangan sedih kerana shah berjanji akan menemui ina satu hari nanti


                                                                                       ~sambungan~

                                                                                                                            ::tieyhamazuki::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan